Panduan Ujian HIV untuk Bakal Pengantin

Akad nikah adalah mudah dan saat paling bahagia dalam hidup anda dan bakal isteri. TAPI adakah anda betul-betul bersedia untuk saat itu?

Kalau ditanya kepada setiap insan, adakah anda akan berkahwin? Jawapannya sudah tentu ya, dan mungkin ketika ini ada yang sedang dilamun cinta, ada yang sudah bertunang dan akan melangsungkan perkahwinan mereka tidak lama lagi. Bagi anda yang akan melangsungkan perkahwinan, tahniah saya ucapkan. Tetapi…

Adakah anda mahu sebelum majlis perkahwinan anda khususnya majlis akad nikah, mak dan bapa mertua anda ataupun isteri anda / suami anda mengetahui status HIV anda? Anda pun tidak pasti sama ada anda kena HIV ataupun tidak. Bayangkan, kalau result test HIV positive, isteri anda dapat tahu? Macam mana?

Saya rasa anda pasti nak jawapan secepat mungkin sebelum test di klinik kerajaan. Tak la surprise semua orang. Kerana jika peristiwa memalukan ini berlaku, ia akan kekal disebut saudara mara dan masyarakat.

Rugilah jika peristiwa yang berlaku cuma sekali seumur hidup ini ada insiden-insiden yang tidak disengajakan serta memalukan anda dan keluarga anda. Fikir-fikirkan…

Dapatkan HIV test di aileenwo.com/shop
https://aileenwo.com/shop/product/first-response-hiv-test-kit-1-testswho-certified/

First Response HIV Test Kit (1 Test)(WHO Certified)

Hightop HIV Home Test Kit (High Accuracy)

Dapatkan jawapan secepat mungkin dapatlah anda relax sikit masa ambil ujian dengan bakal isteri / suami anda di klinik nanti.

 

Borang Ujian Saringan HIV

1.  Bakal pengantin boleh mendapatkan borang ujian saringan HIV di Jabatan  Agama Islam berhampiran anda.
2.  Bayaran RM10 dikenakan bagi setiap permohonan Ujian Saringan HIV.  (Bayaran adalah berbeza mengikut negeri)
3.  Borang Ujian Saringan HIV hendaklan dilengkapkan dan dibawa ke klinik  kesihatan yang telah disenaraikan bagi menjalani Ujian HIV 1 & 2.

 

Ujian Saringan HIV Di Klinik Kesihatan Kerajaan

1.  Bakal pengantin hendaklah hadir ke klinik kesihatan yang disenaraikan dengan membawa Borang Ujian Saringan beserta resit.
2.  Sekiranya keputusan ujian TIDAK AKTIF, bakal pengantin boleh meneruskan proses permohonan berkahwin.
3.  Sekiranya keputusan adalah AKTIF, pemohon perlu menjalani ujian lanjut bagi pengesahan HIV. Keputusan ujian dikeluarkan dalam masa 2 minggu.
4.  Pegawai perubatan akan mencatat keputusan dalam borang dan dimasukkan dalam sampul surat SULIT untuk diserahkan kepada bakal pengantin.
5.  Setiap kes HIV POSITIF, perlu dirujuk kepada Pakar Perubatan Keluarga atau Klinik Penyakit Berjangkit.
6.  Keputusan tersebut sah laku dalam tempoh 6 bulan dari tarikh ujian dijalankan.

Permohonan Kebenaran Berkahwin Di Jabatan Agama Islam

1.  Permohonan Kebenaran Berkahwin yang telah mendapat pengesahan dari Penolong Pendaftar hendaklah dihantar semula ke Jabatan Agama Islam di tempat masing-masing bersama dengan keputusan Ujian Saringan HIV yang telah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan.
2.  Sekiranya keputusan ujian adalah NEGATIF, proses permohonan kebenaran berkahwin akan diteruskan.
3.  Sekiranya keputusan HIV adalah POSITIF, maka:
a)  Pemohon perlu menjalani sesi khidmat nasihat di Jabatan Agama sebelum meneruskan permohonan kebenaran berkahwin.
b)  Pemohon, pasangan dan keluarga akan diberi pendedahan tentang implikasi HIV.
c)  Pemohon dan pasangan akan diminta membuat keputusan sama ada mahu meneruskan perkahwinan atau sebaliknya.
d)  Sekiranya pemohon dan pasangan membuat keputusan untuk meneruskan perkahwinan, maka permohonan kebenaran berkahwin akan diproses.
e)  Pemohon dan pasangan perlu merujuk kepada Pakar Perubatan Keluarga dan Klinik Penyakit Berjangkit untuk penjagaan kesihatan seterusnya.

Save